Profail SK Plaie

Lokasi Sekolah










Sejarah Penubuhan SK Plaie

SK.Plaie (AS32), Samarahan terletak di daerah Kota Samarahan. Sekolah ini mempunyai bilangan pelajar seramai 80 orang serta 8 orang guru dan seorang staf sokongan iaitu Pembantu Tadbir Rendah. Ianya terletak di sebuah perkampungan kecil. Jumlah penduduknya iaitu di antara 80 ke 90 buah rumah.

Sekolah ini adalah termasuk di dalam Kawasan Samarahan di bawah pengawasan Jabatan Pelajaran Gabungan Samarahan. Kesemua pelajarnya adalah majoriti berbangsa Iban dan selebihnya berbangsa Melayu. Bahasa pengantar sekolah ini adalah Bahasa Melayu.

Sekolah ini mempunyai 2 buah blok bangunan yang dbina dengan papan, Ianya terbahagi kepada 8 bahagian iaitu untuk kelas tahun 1,2,3,4,5 dan 6. Sebuah bilik guru dan sebuah bilik Guru Besar serta pejabat am.

Seperti biasa kami menjalankan kewajipan kami mengajar, mendidik agar murid-murid akan menjadi orang yang berguna suatu masa kelak. Tidak lupa juga kami menjalankan aktiviti ko-kurikulum seperti Kelab Bahasa Malaysia, Kelab Bahasa Inggeris, Kelab Matematik, Kelab Sains serta Kelab Sukan. Kami sentiasa bekerjasama untuk mempertingkatkan lagi mutu pencapaian prestasi dan visi sekolah kami ini.

Tahun Peristiwa – peristiwa Yang Berlaku

1956 - Sebuah rumah sekolah dibina atas usaha gotong royong orang-orang kampung di Jerian. Sekolah tersebut dinamakan “Jeriang DC School”.

1960 - Rumah sekolah tersebut roboh ketika itu.

1961 - Bangunan sekolah yang baru dibina terdiri dari dua bilik darjah telahpun dibina oleh Majlis Perbandaran Luar Bandar Kuching di Kampung Plaie.

1963 - Murid-murid berhenti membayar yuran sekolah yang dikenakan sebelumnya.

1964 - Padang sekolah dibina berhampiran dengan kampung.

1975 - Dua buah rumah guru dibina secara gotong royong dengan bantuan kewangan kerajaan.

1979 - Sekolah dibekalkan dengan janakuasa.

- Sekolah mendapat tempat pertama dalam sukan antara sekolah di SRB ST, John Sebayor.

1980 - Sukan sekolah diadakan di padang SK. Plaie buat kali pertama.

1981 - Sebuah lagi rumah guru dbina secara gotong royong oleh penduduk kampung dengan bantuan kewangan kerajaan.

- Perabot yang baru telah diedarkan ke sekolah ini.

1983 - Sukan sekolah diadakan. Pertandingan bolasepak juga turut dianjurkan.

1985 - SK. Plaie mendapat kemudahan elektrik dari kerajaan.

1987 - Sukan antara sekolah diadakan.

1989 - Sukan sekolah antara lima buah sekolah yang berdekatan.

1990 - Bilik guru telah dibina secara kontrak dengan peruntukan kewangan dari kerajaan.

1991 - Sukan antara rumah bagi SK. Plaie.

1992 - Sukan antara rumah diadakan.

1993 - Sukan darat antara rumah diadakan.

1994 - Lawatan sambil belajar ke beberapa tempat di Bandaraya Kuching untuk murid-murid Tahun 3,5, dan beberapa orang murid Tahun 1.

- Perabot baru (single desk) dan kerusi diedarkan ke sekolah.

- UPSR mula dijalankan secara berselang tahun.

- Logo dan motto sekolah dicipta dan murid-murid digalakkan membeli dan memakai lencana sekolah tersebut.

- Peraturan – peraturan sekolah bertulis diedarkan.

1995 - Lawatan sambil belajar ke Muzium Polis, Dewan Bahasa dan Pustaka. Muzium Kayu dan Muzium Kucing di Bandaraya Kuching Utara.

- 16 Mei adalah Hari Guru, SK. Plaie menyambutnya secara sederhana dengan jamuan dan ucapan Hari Guru. Tema Hari Guru 1995 ialah “Permuafakatan Dan Perpaduan Menjayakan Wawasan”.

- Tiada peperiksaan UPSR dijalankan kerana tiada Tahun 6.

1996 - Lawatan sambil belajar ke Kampung Budaya dan Lapangan Terbang Kuching.

- Bangunan sekolah ditambah dengan kelas yang baru. Pembinaan atas bantuan pihak kerajaan.

- Pemasangan kipas setiap kelas dan bilik guru.

- Sekolah mendapat peruntukan sebuah computer.

- Peperiksaan UPSR dijalankan.

1997 - Lawatan oleh Pegawai Bank Simpanan Nasional (BSN).

- Sekolah dibekalkan peralatan kerusi meja baru untuk guru-guru dan murid-murid.

- Sekolah mendapat peruntukan Mesin Fotostat dan Mesin Taip Elektronik.

- Kemasukan seorang kakitangan sokongan baru iaitu Pembantu Tadbir Rendah.

- Tiada peperiksaan UPSR dijalankan.

1998 - Lawatan oleh Pegawai Bank Oriental (Oriental Finance Berhad) seramai 4 orang.

- Sukan antara rumah SK. Plaie diadakan pada 1.8.1998.

- 1 unit rumah guru yang uzur mendapat kebenaran dari JPB untuk dirobohkan.

- Bahan dari rumha guru yang diroboh telah dibuat pondok rehat, rumah hijau dan papan notis.

- “Ban” baru dibuat di kawasan sekolah oleh jabatan Parit.

- Peperiksaan UPSR dijalankan.

1999 - Bangunan sekolah dibaiki dengan peruntukan Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Bahagian Kuching. Kerja dikendalikan oleh Syarikat Sebiro di bawah pengawasan JKR.

(2000) - Sebuah bilik darjah baru dibina untuk murid Tahun 1 Peruntukan dari Jabatan Pendidikan Bahagian Kuching. Kerja dibuat oleh Syarikat Risat.

- 40 buah meja murid dan 40 buah kerusi murid dibekalkan ke SK. Plaie.

- Jalan Batu dan bekalan air (Public Service Line) sampai ke kawasan SK. Plaie.

- Ban tanah ditambah lebih tinggi oleh Jabatan Parit, Kota Samarahn di kawasan sekolah.

- Tiada peperiksaan UPSR dijalankan.

- Sekolah diubahsuai semula serta penambahan sebuah bilik darjah tahun 1.

- SK. Plaie dibekalkan dengan ‘ASTRO; pada 10.3.2000 untuk kegunaan TV Pendidikan.

- Paip air dibuat.

- Sebuah meja guru dibekalkan.

- Penyampaian hadiah diadakan.

- Grill pintu pejabat, bilik guru serta tingkap bilik pejabat dibuat.

- Kerusi dan meja murid-murid telah diambil dari Dato Traoh sebanyak 38 buah.

- Grill Varandah sekolah dipasang.

2001 - YB Dato Seri Haji Adenan Bin Haji Satem, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sarawak dan Isteri serta rombongan datang melawat Kampung Plaie dan SK. Plaie, Samarahan pada 24 Jun 2001.

- YB Dato Seri Haji Adenan telah meluluskan bantuan dari beliau sebanyak RM 5000.00 kepada SK. Plaie untuk Tabung PIBG Sekolah.

- 2 buah Printer dibekalkan (Epson dan Dot Metrik)

- Sukan Darat SK. Plaie dan konsert serta pertandingan bolasepak diadakan.

- Bantuan wang sebanyak RM5000,00 secara tunai daripada Yayasan Sarawak untuk Tabung PIBG SK. Plaie.

- Jalan Tar dibuat sampai ke sekolah SK. Plaie oleh pihak kerajaan.

- Pagar di keliling sekolah telah dibuat.

2002 - Dua buah komputer Notebook telah dibekalkan untuk pembelajaran ETeMS (Fasa I) oleh Mimos Smart Computing Sdn

Bhd

- Sebuah TV “34” (Samsung) telah dibekalkan oleh Mimos Computing Sdn Bhd dan sebuah peti besi telah dibekalkan oleh Syarikat Dunia Jaya / Kementerian Pelajaran.

2003 - Lawatan Dato’ Seri Haji Adenan Bin Haji Satem, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sarawak serta rombongan untuk merasmikan dewan serbaguna Kampung Plaie pada 26.7.2003 bantuan sebanyak RM10,000.00 telah diluluskan untuk Tabung PIBG SK. Plaie.

- 22.10.2003 - 3 buah komputer telah dibekalkan ke sekolah (Tabung PIBG Sekolah).

- 21.10.2003 - Set kerusi telah dibekalkan ke sekolah (Tabung PIBG Sekolah).

- 30.10.2003 – 6 buah almari sekolah telah dibekalkan (Tabung PIBG Sekolah).

- 4.11.2003 – Sebuah bangunan baru untuk Tahun 1 (2004) baru dibina.

- 5.11.2003 – Pegawai Pendidikan Bahagian Samarahan, (Encik Sukeman Bin Suradi) telah melawat sekolah.

- 21.12.2003 – Sebuah pondok rehat 30’ x 12” dibina secara gotong-royong oleh Penduduk Kampung Plaie.

- LCD Projektor sebanyak 2 buah telah dibekalkan ke sekolah oleh Time Systems Integrators Sdn Bhd

- Sistem Satelit Vsat telah dibekalkan oleh Government Integrated Telecommunications Network Sdn Bhd.

2004 - Tandas dibina sebanyak 4 unit oleh peruntukan Jabatan Pelajaran

Gabungan Samarahan.

- Sebuah Notebook jenama DELL Latitude / GEHA telah dibekalkan ke

sekolah pada 7.10.2004 (Fasa II).

- Sistem Satelit Vsat dapat digunakan.

2005 - RMT dijalankan dan pondok, tempat memasak dibina di atas

kerjasama penduduk kampung dan ahli-ahli PIBG SK Plaie, Samarahan.

- Perkhidmatan talipon mula dibekalkan oleh pihak Telekom Malaysia

untuk kegunaan pihak sekolah SK Plaie, Samarahan.

- Sukan Tahunan peringkat sekolah telah diadakan.

- Peruntukan sekolah telah diperolehi dari Jabatan Pelajaran Gabungan Samarahan untuk pembaikan sekolah.

- Peti Sejuk telah dibeli oleh PIBG untuk RMT SK Plaie, Samarahan.

- Pondok rehat sekolah telah dibina oleh PIBG SK Plaie, Samarahan.

- Kerusi Banquet telah dibekalkan ke sekolah untuk kegunaan guru-guru.

- Pagar Satelit Vsat telah dibina.

- Telefon (Jaring) sebanyak 4 buah telah dipasang pada 25.8.2005.

- Projek penyediaan infrastruktur fizikal dan pengkomputeran di sekolah rendah dan menengah Malaysia (projek pembangunan Kementerian Pelajaran (Peralatan Komputer, perisian dan perabot sebanyak 8 buah dipasang pada 30.11.2005

2006 - Menerima sebuah Peti kebal dan Notebook Del Latitide D610 untuk

PPSMI Fasa IV oleh pihak Time Systems Integrators Sdn Bhd.

- Rumah guru telah diroboh atas persetujuan Pejabat Pelajaran Gabungan Samarahan oleh penduduk Kampung Plaie, Samarahan.


Falsafah Pendidikan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Visi

SK Plaie menjadi sekolah Cemerlang Bahagian Samarahan pada tahun 2015

Misi

Berusaha memperkembangkan potensi pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum berteraskan Falsafah Pendidikan Negara

Moto

Berilmu Berdisipli Berbakti

Ikrar Sekolah

SK. Plaie

Komited menyediakan Pendidikan

berkualiti dan terbaik kepada anak didik

dengan memberikan peluang seluas-luasnya demi

memperkembangkan potensi individu

mereka selaras dengan

Falsafah Pendidikan Negara.

SK. Plaie

mempunyai kebolehan dan keupayaan

serta komitmen untuk memberikan Pendidikan

berkualiti dan terbaik kepada pelajar

yang diamanahkan

kepada kami.

Ikrar Guru

Bahawasanya kami Guru Negara Malaysia dengan ini berikrar

  • Mendukung terus cita – cita kami terhadap tugas kami dan

menyatakan keyakinan kami pada cita – cita murni pekerjaan kami.

  • Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan Negara kami.
  • Kami sentiasa menjunjung perlembagaan Negara kami dan

mengamalkan prinsip – prinsip rukun Negara pada setiap masa


Logo Sekolah


Program SK Plaie

Program SK Plaie


himpunan video

himpunan video

belum sempat isi.........

Himpunan Photo

Himpunan Photo (klik link di bawah)

8. Gambar Koleksi Action Song 2011


Pautan Penting untuk pembaca

Pautan Penting untuk pembaca

belum sempat isi

Hubungi Kami

SK Plaie DC
Kampung Plaie
Jalan Tan Sri Ikhwan Zaini
94300 Kota Samarahan, Sarawak

D/A Pejabat Pelajaran Daerah Samarahan
Jalan Datuk Muhammad Musa
94300 Kota Samarahan, Sarawak

Telefon :082376955

email :